Wednesday, April 14, 2010

Have wheels will travel


GLOBE-trotting on a bicycle is not everyone’s idea of adventure especially with air travel being so cheap — didn’t they say everyone can fly these days?

A young Frenchman talks about his cycling odyssey through Asia
However, for the intrepid travellers cycling offers the fascinating opportunity to feel the pulse of the places they pass through.

This was what 28-year old Nicolas Ternisien from Dieppe, France had in mind when he embarked on his two-wheel odyssey through Asia.

He worked hard and saved even harder to make his Asian dream tour come true — a quest inspired during his backpacking days in Australia. After saving for two-and-a-half years, the Frenchman quit his day job, bought himself a second-hand GIANT touring bike and from Paris, flew to Tokyo in April 2009 — the first of his many Asian pit-stops.

Sporting a crew cut, the lanky French spoke passionately about his ‘Lonely Planet’ adventures and the people he met along the way. When he arrived in Kuching early last month, he had cycled for eleven months — carrying with him 50 kilogrammes of essential gears and some books, strapped on the bicycle’s front and rear panniers.

He still had another 19 months to go and he and his best friend had spent seven months exploring Japan, two weeks in China before boarding a plane to the Philippines where he spent another two months on the saddle, sweeping through the country’s many islands.

In February, Nicolas took a ferry to Borneo; arriving first at Sandakan, Sabah and then pedalled part of the way to Kuching.

Despite the long journey, he will make time to stop and absorb the local scenes. When asked about his eccentric choice of transport, Nicolas cheerfully rationalised that cycling was faster than walking, and way cheaper than buying a car. In Japan, cycling enabled him to avoid boarding the expensive Shinkansen (bullet train).

Cycling, he said was a ‘fair means of transportation’ to meet the local people and to also go off the beaten paths inaccessible by cars.

By nightfall, Nicolas would camp near the bushes or at parks. Friendly locals would also invite him to their homes and share their meals. And when he desperately needed to do his laundry or update his family and blog, he would spend a few days in a backpackers’ lodge. However, he would rather pitch his tent because he believes no one should pay for their sleep.

His most unforgettable camping experience is the time he spent zipped in a summer sleeping bag during Japan’s cold winter nights; wearing all four layers of his clothes and clutching the pocket heater to keep his frozen feet warm.

However, cycling is not without its hazards. He had lost some of his gears to petty thieves, forced to detour or lost his way along the way. At one point in the Philippines, his rear spokes would fall apart every ten kilometres and he prayed that he could go a bit further and find a place to fix it.
Despite all the trials he had to go through the young man maintains a positive attitude. He is also prepared for the worst case scenario of losing his bicycle along the way. If that happened, Nicolas said that he would end his journey there and then.

For him, to have started this adventure and gotten this far is already a dream come true. And since he cycled at his own pace, he never had cramps or overstretch himself.

On the brighter side, things did not go wrong all the time, Nicolas quipped. There were also moments to savour and the best among them were the warm welcome from the local people who were usually fascinated by his fully loaded bicycle. Children would run along his bicycle cheering and waving. These simple gestures always motivated him.

These moments of joy and the breathtaking sights he saw along the way were better experienced than told, he said.

Nicolas records such moments, his feelings and thoughts, in a small journal which gets bulkier each day with extra notes from the many friends he made along the road.

“If you are in a good shape and have a dream to cycle around the world, your city or country, just do it. Don’t give yourself excuses. If you have no money, save. Always remember that your own trip will be the best and most special in the world.”

After Kuching, Nicolas Ternisien would head to Kalimantan before cycling through Indonesia all the way to Papua New Guinea.

After Indonesia he plans to make his way to Indo-China and India before flying back home to France. He blogs his bike touring adventures at http://nicoenasie.blogspot.com.

Wednesday, March 24, 2010

Rom's Homestay diminati pelancong

Ruang tamu yang santai untuk aktiviti penginap Rom's Homestay


Program homestay atau inap desa semakin mendapat tempat di kalangan para pelancong terutamanya dari luar negara.

Malah, program itu menjadi salah satu produk pelancongan utama bagi menarik pelancong luar yang mahu melihat secara dekat serta merasai sendiri pengalaman dan gaya kehidupan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Maka, tidak menghairankan ada di kalangan penduduk di negeri ini turut mengambil peluang daripada perkembangan industri homestay dengan menawarkan perkhidmatan untuk program tersebut.

Kebiasaannya, pelancong yang mengikuti program berkenaan akan menginap bersama pemilik rumah bagi tempoh tertentu, makan bersama di samping menjalani aktiviti bersama tuan rumah yang secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara penduduk dengan pelancong.

Bagaimanapun, Rom's Homestay di Kampung Siol Kandis yang turut menjalankan program tersebut menawarkan satu kelainan kepada para pelancong tetapi masih dapat merasai suasana homestay.

''Di sini, kami mementingkan suasana rileks dan penginapan ala dalam taman atau dalam hutan supaya pelancong dapat menikmati ketenangan dan kehijauan alam," kata Shahir Akmal Jamaludin, 26.

Shahir Akmal yang bertanggungjawab menguruskan pusat homestay bersama ibunya, Romlah Kassim memberitahu, para pelancong juga boleh menginap di situ tanpa had masa yang memberi ruang untuk para pelancong menikmati sepenuhnya suasana homestay ini.

Menurutnya, jika pengusaha homestay lain biasanya membenarkan pelancong menginap hanya beberapa hari atau beberapa minggu sahaja, namun di sini mereka boleh tinggal sehingga setahun atau lebih daripada itu.

Dalam pada itu, sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke perkarangan Rom's Homestay yang seluas kira-kira 0.6 hektar itu, mereka akan berasa seperti berada di dalam taman.

Ini kerana haruman bunga-bungaan yang segar dan mekar memenuhi ruang di kawasan berkenaan sambil menyajikan keindahan mata memandang.

Sementara setiap laluan kaki pula ditanam dengan pokok dan bunga yang mekar seolah-olah mengalu-alukan kehadiran pelancong yang pastinya kagum dengan kehijauan serta kesegaran yang ditawarkan di Rom's Homestay.

Di dalam kawasan Rom's Homestay itu pula mempunyai lima rumah untuk penginapan para pelancong dan ia boleh dipilih mengikut cita rasa mereka masing-masing.

Apa yang menarik dan uniknya Rom's Homestay adalah setiap rumah mempunyai nama sendiri iaitu Rumah Mariam, Rumah Baizura, Rumah Julia, Rumah Nor Hazah dan Rumah Putih.

Menurut Shahir Akmal, semua rumah ini kecuali Rumah Putih, mendapat namanya bersempena dengan nama pelawat pertama yang menginap di rumah berkenaan.

''Pemberian nama itu adalah idea ibu saya yang meminta persetujuan daripada penginap berkenaan untuk menggunakan nama mereka," katanya.

Daripada lima rumah tersebut, Rumah Mariam adalah paling besar dengan mempunyai lima bilik.

Setiap bilik pula diberikan nama tertentu seperti Mawar, Cempaka, Orkid dan Kenanga.

Sementara itu Rumah Putih pula mempunyai tiga bilik, Rumah Baizura dua bilik sementara Nor Hazah dan Julia masing-masing satu bilik.

Shahir Akmal memberitahu, segala kelengkapan pelancong disediakan seperti katil dan tilam empuk, kipas angin atau penghawa dingin, ruang tamu, dapur, bilik mandi dan sebagainya.

Jelasnya, setiap rumah pula mempunyai ruang tamu yang luas, dilengkapi sofa atau tikar rotan yang selesa untuk dijadikan tempat bersantai atau berbual-bual.

''Bagi pelancong yang inginkan kemudahan televisyen pula, mereka boleh meminta perkhidmatan tersebut kerana kemudahan ini disediakan berdasarkan permintaan.

''Untuk menjamu selera pula, pelancong tidak perlu melangkah jauh kerana di persekitaran kawasan homestay ini terdapat tempat makan yang dinamakan Rom's Little Penang Café," katanya .

Pada masa sama, Shahir Akmal berkata, kadang-kala keluarganya mengajak pelancong untuk makan bersama di rumah mereka sendiri yang hanya terletak bersebelahan yang secara tidak langsung mewujudkan hubungan mesra dengan pelancong.

Katanya, pelancong Inggeris lebih meminati program homestay kerana mereka ingin menghabiskan cuti dengan tenang sambil menikmati persekitaran desa yang damai dan hijau.

''Saya masih ingat ada seorang pelancong Inggeris yang menghabiskan masanya di dalam taman ini dari pagi hingga tengah hari dan kemudiannya melakukan perkara sama hingga ke petang dengan duduk sambil menghabiskan bacaan novel," katanya.

Sesuai dengan konsepnya sebagai homestay yang bertujuan memberi pendedahan suasana dan budaya kampung kepada para pelancong, maka disediakan satu ruang khas untuk menganjurkan pelbagai aktiviti seperti persembahan kebudayaan dan tradisional, tarian ngajat dan lai-lain lagi.

Pada masa sama, pelancong turut boleh menghabiskan masa di sini untuk menonton televisyen atau berkaraoke.

''Puas berehat dan ingin menikmati suasana bandar raya Kuching, pelancong boleh menaiki kenderaan sewa untuk ke jeti Pangkalan Sapi yang jauhnya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

''Dari jeti berkenaan, mereka boleh menaiki perahu tambang untuk menyeberangi Sungai Sarawak dan tiba di Tebingan Kuching," kata Shahir Akmal.

Beliau memberitahu, selain popular di kalangan pelancong Inggeris, Rom's Homestay atau nama sebenarnya Rom's Orchid Garden & Homestay cukup diminati oleh pelawat dari Semenanjung.

Katanya, status serta kerjaya para pelancong juga berbeza tetapi yang paling kerap menginap di sini adalah peguam-peguam dari Semenanjung, mereka yang berkeluarga, usahawan dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, menceritakan sejarah wujudnya Rom's Homestay, Shahir Akmal berkata, ia bermula dari minat ibunya yang berkebun bunga-bungaan, khasnya orkid sebelum wujud Rom's Orchid Garden sekitar tahun 1996.

Menurutnya, dua tahun kemudian, Rom's Little Penang Café dibuka di kawasan itu dan atas galakan ramai pihak, ibunya membuka pusat homestay berkenaan.

''Pada mulanya kami hanya ada dua buah rumah tetapi selepas ibu membeli tapak bersebelahan, tiga buah rumah lagi ditambah sehinggalah ia wujud seperti sekarang ini," katanya.

Monday, April 7, 2008

Epal ikon baru pelancongan Sarawak



MAC dan Jun adalah masa memetik epal di Ladang Buduk Nur, Ba Kelalan.
Pesta Epal setiap Mac dan Jun di Ladang Kampung Buduk Nur, Ba Kelalan tarikan istimewa pengunjung
SUHU siang hari 25°C hingga 32°C manakala malam 15°C menjadikan Kampung Buduk Nur di Ba Kelalan, Lawas Sarawak memiliki keistimewaan. Kampung paling hujung di utara Sarawak yang bersempadan dengan Kalimantan Indonesia itu adalah lokasi 10 hektar ladang epal berjenama 'Ba Kelalan'. Mungkin anda tidak pernah terfikir, epal boleh ditanam secara komersial di Malaysia. Bagaimanapun di Buduk Nur, epal bukan saja menjadi ikon baru pelancongannya tetapi juga lambang kerjasama sekampung.

Sewaktu kumpulan media bertandang ke Buduk Nur, kami bukan saja disambut pemilik kebun epal, Tagal Paran, 74, dan ahli keluarganya malah penduduk kampung dan wakil rakyatnya Nelson Balang Rining yang menyambut dengan tarian selamat datang. Buduk Nur adalah satu daripada sembilan kampung di Ba Kelalan. Majoriti penduduknya suku kaum Lun Bawang (atau bermaksud Orang Gunung). Kedudukannya yang 2,900 kaki dari aras laut ditambah bentuk muka bumi bergunung ganang dan tanah tinggi berbalam, menjadikan cuaca Ba Kelalan sejuk dan sesuai untuk tanaman seperti epal, oren, avocado dan markisa. Walaupun jauh dari Kuching, Ba Kelalan dihubungi dengan penerbangan terus dari Miri ke Ba Kelalan menggunakan pesawat kecil ‘twin otter’ yang mengambil masa kurang 50 minit. Manakala dari Lawas, memandu ke Ba Kelalan sebaiknya menggunakan pacuan empat roda dan mengambil masa sekitar lima jam (bagi penduduk tempatan).

EPAL Ba Kelalan dijual RM10 sekilogram di ladang.

Bagaimanapun semua kepenatan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Miri dan Miri ke Ba Kelalan lenyap sebaik menjejakkan kaki ke Buduk Nur. Ladang epal milik Pak Tagal terletak di hujung landasan kapal terbang. Justeru awal-awal lagi kami sudah diingatkan perlu memanjat tangga untuk sampai ke sana. Ba Kelalan memang terkenal dengan pelancongan berasaskan alam semula jadi dan cabaran. Justeru, memanjat tangga bukanlah terlalu sukar.
Apatah lagi wartawan yang mengikuti rombongan anjuran Tourism Malaysia dan Borneo Jungle Safari itu ketika itu sudah bermandi peluh dan hujan dalam aktiviti merentas hutan sebelum ke ladang epal.
Selain kedudukan ladang epal yang sedikit tinggi dari kawasan lain di Buduk Nur, ia juga turut bersempadan dengan sawah padi, antara punca rezeki utama penduduk di sini.
Dari jauh kelihatan pokok epal ditanam berbaris dan tumbuh dengan ketinggian di paras bahu lelaki dewasa.
Bagaimanapun, mungkin waktu kami tiba di Ba Kelalan bukanlah masa yang baik. Selain buah epal yang sudah hampir habis dipetik dari ladang atas faktor kualiti dan tujuan komersial, hujan juga turun renyai. Mujur juga hujan tidak lebat membolehkan kami ‘berpesta epal’. Ada kira-kira 2,000 pokok ditanam di situ.
Manakala ada empat jenis epal dikeluarkan, epal merah yang dikenali sebagai ‘Rome Beauty’ epal kuning kehijauan ‘Mana Lagi’, epal hijau ‘Granny Smith’ dan sejenis lagi epal merah dikenali sebagai ‘Anna’. Antara empat jenis itu, Rome Beauty boleh dikatakan agak lasak.
Walaupun digolongkan sebagai epal merah, ia tidak merah sepenuhnya tetapi bercampur hijau. Apatah lagi saiznya lebih besar berbanding yang lain, ia lebih menjadi pilihan di kalangan pelancong yang membelinya sebagai buah tangan. Walaupun sedikit masam, tetapi Rome Beauty rangup berbanding Anna sejenis lagi epal merah yang bersaiz kecil dan sangat lembut seperti sutera. Anna bagaimanapun dipasarkan di bandar terdekat saja kerana ia mudah lebam jika dibiarkan terlalu lama selepas dipetik.
Manakala epal jenis Granny Smith adalah kacukan benih dari Australia yang dibawa balik bakanya oleh seorang daripada lima anak Pak Tagal, Mendiang Dr Judson Sakai Tagal, bekas Menteri Muda Pembangunan, Infrastuktur dan Komunikasi Sarawak yang terbunuh dalam nahas helikopter pada Julai 2004. Antara empat jenis yang ditanam, epal Mana Lagi cukup menarik perhatian. Kata Pak Tagal, benih asal Mana Lagi dibawa dari Batu Malang di Indonesia sebelum dikacukkan dengan benih epal lain. Warnanya kuning kehijauan dan baunya harum jika sudah cukup tua.
Kata Pak Tagal, ada cerita tersendiri di balik nama Mana Lagi. Kononnya, di Batu Malang seorang pelancong menyukai keenakan dan kerapuhan epal Mana Lagi dan bertanya mana lagi? mana lagi? dan akhirnya nama itu melekat. Satu ketika dulu, ladang itu ditanam dengan lapan jenis epal. Bagaimanapun, atas faktor kualiti, ia dihadkan kepada empat jenis saja. “Epal yang ditanam sekarang yang terbaik dari lapan jenis. Dulu kami berhadapan dengan masalah buah epal yang cepat buruk dan lebam dan sukar dipasarkan,” katanya.
Epal Ba Kelalan kata Pak Tagal, akan dipetik dua kali setahun iaitu Mac dan Jun. Memetik epal bukan hanya kerja keluarga dan pekerja saja, tetapi bagaikan pesta untuk seluruh penduduk Kampung Buduk Nur. Malah sesekali acara itu disertai pelancong tempatan dan turut menjadi tumpuan segelintir pelancong Eropah. Biasanya sepohon pokok epal mengeluarkan hampir 300 biji. Setiap kali musim memetik epal tiba, ladang itu boleh menghasilkan hampir satu tan biji epal. Bagaimanapun jumlah itu tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan. Selain dijual di sekitar kampung, epal Ba Kelalan turut dijual di Lawas, Limbang dan Kota Kinabalu. Kata Pak Tagal, jumlah itu belum ditolak epal yang kurang kualitinya dari segi saiz dan bentuk Epal begitu tidak akan dipasarkan sebaliknya dijadikan jus dan jem. Menyedari Buduk Nur semakin dikenali sebagai lokasi tanaman epal di Malaysia, ia menerima makin ramai pelancong setiap tahun.
Justeru bagi memastikan epal sentiasa ada di Ba Kelalan dan pelancong boleh datang dan memetiknya di luar musim, Pak Tagal dan Mutang sedang berusaha untuk menambahkan keluasan ladang. Begitupun usaha itu kata Mutang, mungkin sukar kerana masalah kekurangan pekerja. Kebanyakan anak muda di Buduk Nur lebih berminat bekerja sendiri atau berhijrah ke bandar berhampiran seperti Lawas selain bekerja di Brunei dan Kuala Lumpur.
Selain itu, kebanyakan warga Ba Kelalan lebih tertumpu pada penanaman padi. Beras di Ba Kelalan adalah beras berkualiti yang cukup terkenal dengan nama Beras Bario. Ketika ini Pak Tagal mengusahakan ladang epal dengan bantuan Mutang dan beberapa pekerja mahir yang dibawa dari Indonesia. “Untuk mendapatkan hasil yang baik, masa penanaman epal itu penting. Penghasilan epal juga bergantung pada cuaca. Walaupun epal mungkin hanya boleh ditanam di kawasan suhu tertentu tetapi ia masih memerlukan matahari. Jika kerap hujan, sukar untuk pokok menghasilkan banyak buah. Tetapi kalau hujan sedikit, pokok dapat dipangkas dan buah lebih banyak,” katanya. Kata Pak Tagal, kos penyelenggaraan ladang mencecah antara RM10,000 ke RM15,000 setahun termasuk membeli ubat dan baja.
Info
Jika anda berminat menyertai Pesta Epal Ba Kelalan Jun ini, Penerbangan Malaysia menyediakan perkhidmatan twin otter terus dari Miri ke Ba Kelalan setiap hari Rabu manakala pakej percutian Pesta Epal Ba Kelalan ada disediakan oleh Borneo Jungle Safari di talian 03-22604981 (Kuala Lumpur) atau 08-5435736/08-419737 (Miri).
Benih Mana Lagi dibawa dari Indonesia
SEJARAH tanaman epal di Ba kelalan bermula ketika Andrew Balang Paran, 71, menyertai majlis keagamaan di Batu Malang, Indonesia pada 1974. Kata Andrew, dia teruja melihat kebanyakan penduduk di Batu Malang ketika itu menanam pokok epal di tepi rumah mereka seperti menanam pokok betik. “Ia kelihatan sangat mudah dan pokok epal itu sangat subur,” katanya. Terlintas di hati Andrew untuk membawa balik benih epal berkenaan dan menanamnya di kampung halamannya, Buduk Nur, Ba Kelalan, Lawas kerana cuacanya yang hampir sama. Andrew tidak perlu membeli benih epal Mana Lagi yang dibawanya dari Batu Malang. Sebaliknya ia diberi percuma oleh rakan-rakannya di Batu Malang. Selepas mendapat kelulusan Jabatan Pertanian Indonesia, Andrew membawa balik 20 anak benih epal menerusi Singapura sebelum tiba di Kuching dan akhirnya sampai di Buduk Nur. “Perjalanannya sangat jauh tetapi dalam hati saya sentiasa ingin mencuba menanam epal dan melihat hasilnya,” katanya yang ditemui ketika Pesta Epal Ba Kelalan, baru-baru ini. Andrew berkata, ketika di lapangan terbang, seorang pegawai kastam dengan sinis bertanya: Bolehkah pokok epal di tanam di sini? Beliau ketika itu hanya menjawab akan mencubanya. Setahun selepas ditanam, walaupun pokok epal itu tumbuh subur dan membesar, ia tidak berbuah. “Saya hampir putus asa dan meminta pertolongan daripada Jabatan Pertanian,” katanya. Ketika itu Jabatan Pertanian banyak memberi bantuan seperti baja dan mengacukkannya dengan epal jenis lain. Bagaimanapun, tiga tahun menanti pokok epalnya masih tidak berbuah. Andrew akhirnya putus asa dan tidak mahu menjaganya. Deretan pokok epal yang hidup subur tetapi tidak berbuah itu diserahkan pada abangnya Tagal Paran pada 1977.
“Waktu itu saya sudah tidak mahu jaga lagi dan serahkan pada abang. Saya katakan padanya buatlah apa saja dengan pokok itu. Kalau pokok epal itu berbuah di bawah jagaannya, itu rezeki dialah,” katanya.
Di tangan abangnya Tagal Paran, kebun epal yang asalnya hanya ditanam dengan 20 batang pokok itu diluaskan. Banyak baka epal dari luar negara selain Indonesia dibawa masuk. Malah, Andrew dan mendiang anak saudaranya, Datuk Dr Judson Sakai Tagal turut ke Australia dan Indonesia untuk membeli benih pokok epal.
Setahun selepas diserahkan kepada abangnya, pokok epal itu mula berputik dan berbuah. Andrew menyifatkan dirinya masih bertuah walaupun pokok epal itu bukan lagi di bawah jagaannya tetapi dia masih berpeluang melihat ladang itu berkembang dan hari ini menjadi ikon pelancongan di Ba Kelalan.
Info
Epal Ba Kelalan

Ladang epal Ba Kelalan terletak di Kampung Buduk Nur, Lawas, Sarawak
Ladang berkeluasan 10 hektar itu dimiliki oleh Tagal Paran.
Suhu di Buduk Nur adalah, 25°C hingga 32°C (pada siang hari) manakala malam 15°C.
Terdapat kira-kira 2,000 pokok ditanam di situ.
Ada empat jenis epal yang ditanam, 'Rome Beauty', 'Mana Lagi', 'Granny Smith' dan 'Anna'.
Setiap kali musim memetik epal tiba, ladang itu boleh menghasilkan hampir satu tan biji epal
Kos penyelenggaraan ladang mencecah antara RM10,000 ke RM15,000 setahun termasuk membeli ubat dan baja.

Memperkasa produk pelancongan

Integrasi pelbagai sektor beri kelebihan kepada negara tarik pelancong asing

PROGRAM Tahun Melawat Malaysia yang dilancarkan tahun lalu dilaporkan bukan saja mencapai sasaran, bahkan melebihi jangkaan ditetapkan.

Mengikut laporan, program itu berjaya menarik 20.7 juta pelancong, 600,000 melebihi sasaran asal. Selain itu, pelancong dilaporkan berbelanja sebanyak RM45.7 bilion berbanding RM44.5 bilion yang disasarkan. Kejayaan itu dikatakan hasil promosi, aktiviti dan pakej pelancongan yang ditawarkan serta kemudahan penerbangan disediakan, di samping keunikan dimiliki Malaysia kerana mempunyai masyarakat majmuk.

Berikutan kejayaan itu, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan program ini sehingga 31 Ogos tahun ini. Untuk sepanjang tahun ini, kerajaan mensasarkan menarik 21.5 juta pelancong dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM49 bilion. Sewaktu membentangkan Bajet 2008 pada September tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, untuk meningkatkan daya tarikan negara sebagai destinasi pelancongan utama, kerajaan memperuntukkan RM858 juta bagi pelaksanaan pelbagai program, termasuk penyediaan dan peningkatan kemudahan pelancongan serta mempelbagaikan produk pelancongan. Peruntukan RM22 juta disediakan untuk meningkatkan aktiviti 'homestay' bagi 47 kampung terpilih. Di samping itu, pembangunan projek ekopelancongan akan dilaksanakan untuk menjana pendapatan penduduk luar bandar dan masyarakat Orang Asli.

Industri pelancongan negara sebenarnya memang sentiasa mencatatkan prestasi baik dari segi pertumbuhan ketibaan pelancong dan pendapatan pelancongan. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), misalnya, jumlah ketibaan pelancong meningkat 61 peratus daripada 10.2 juta pada 2000 kepada 16.4 juta pada 2005.

Pendapatan negara daripada industri pelancongan meningkat daripada RM17.3 bilion kepada RM32 bilion dalam tempoh yang sama, manakala pendapatan daripada akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran meningkat daripada 32.7 peratus kepada 43 peratus.

Pembangunan pelancongan juga menyumbang secara positif kepada perkembangan aktiviti dalam subsektor terutama industri perhotelan, kembara dan siar, peruncitan dan restoran serta pengangkutan. Dalam tempoh RMK-8, sektor itu mewujudkan 451,000 peluang pekerjaan. Perkembangan itu menjadi bukti kejayaan Malaysia menarik ramai pelancong asing ke negara ini. Malah industri pelancongan semakin menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi dan pendapatan pertukaran asing.

Ia adalah hasil penekanan terhadap kepentingan meningkatkan kualiti produk pelancongan sedia ada secara berterusan serta membangunkan produk pelancongan baru bagi mendapatkan bahagian lebih besar daripada pasaran pelancongan dunia. Untuk menjadikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelancongan menarik, kita perlu mempertingkatkan kemudahan dan mempelbagai produk pelancongan.

Kepelbagaian produk pelancongan yang ditawarkan itu adalah bagi memenuhi pelbagai minat dan permintaan pelancong. Selain mempromosikan Malaysia sebagai tempat peranginan yang mempunyai pulau dan bukit yang menarik, kerajaan turut mempromosikan negara kita sebagai destinasi beli-belah dan acara utama antarabangsa, pelancongan berasaskan ekologi, pelancongan berasaskan pertanian, program tinggal bersama keluarga, pelancongan kebudayaan dan warisan serta pelancongan kesihatan.

Terbaru adalah usaha untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pendidikan. Rancangan ini menarik kerana sama seperti bidang lain, pendidikan juga boleh menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan industri pelancongan tempatan. Ketika ini bidang pendidikan menyaksikan pertambahan dari segi bilangan institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan di dalam negara mahupun program pengajian yang ditawarkan, termasuk program berkembar dengan universiti luar negara. Pertambahan itu sebenarnya menyediakan asas kepada pertumbuhan pelancongan pendidikan. Dari segi sambutan, sehingga akhir 2005, sejumlah 13,600 pelajar asing berdaftar dengan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini. Ia membuktikan IPT dalam negara sebenarnya sudah mendapat keyakinan dan kepercayaan pelajar asing, terutama dari negara serantau yang datang untuk mempelajari bahasa Inggeris serta negara Asia Barat selepas peristiwa 11 September. Keadaan ini sebenarnya mewujudkan peluang sampingan tambahan kepada negara bagi mempromosi dan menggalakkan ibu bapa pelajar terbabit mengambil peluang untuk bercuti di tempat tarikan pelancong ketika mengunjungi anak mereka. Selain itu, usaha boleh dilakukan bagi menarik pelajar, guru serta pegawai pendidikan negara lain melawat sekolah di negara ini untuk meninjau sistem pendidikan serta menimba pengalaman berhubung suasana persekolahan di Malaysia yang unik dengan interaksi sosial di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Malah banyak produk pelancongan sedia ada yang boleh diintegrasikan dengan produk pelancongan pendidikan bagi menarik pelajar, guru serta pensyarah asing berkunjung ke negara ini. Misalnya, program ekopelancongan yang bertujuan mempromosi tempat tarikan semula jadi seperti pusat perlindungan haiwan liar, taman negara, tanah tinggi dan pulau boleh diketengahkan untuk membolehkan mereka meninjau dan memahami keadaan alam semula jadi negara kita. Pelbagai program pengembaraan, lawatan dan ekspedisi pendidikan boleh dijanakan di tempat menarik seperti Taman Negara di Semenanjung, Taman Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Bako di Sarawak. Begitu juga dengan produk agropelancongan dan program inap desa (homestay) seperti tinggal di dusun serta lawatan ke taman pertanian dan pusat penyelidikan. Ia adalah antara produk pelancongan yang boleh diintegrasikan dengan pelancongan pendidikan melalui galakkan lawatan ke tempat kraf tangan serta menyertai aktiviti seperti membuat pasu, melukis batik, menganyam bakul dan menenun songket. Negara kita juga tidak kurang dengan tempat, bangunan dan bahan artifak peninggalan sejarah yang akan terus menjadi tarikan kepada pelancong. Kerajaan sudah mengenal pasti beberapa tempat dan bangunan bersejarah untuk dipulihara seperti Kota Kuala Muda di Kedah, Fort Alice di Sarawak dan kawasan neolitik Bukit Tengkorak di Sabah. Selain itu laluan bersejarah berdasarkan tema tertentu juga dirancang seperti warisan Baba Nyonya, era Portugis dan Belanda di Melaka, kawasan tinggalan perang di Kota Bharu serta Bunga Mas di Kedah dan Kelantan. Semua ini adalah produk pelancongan warisan yang sesuai diintegrasikan dalam pelancongan pendidikan untuk pelajar dan pensyarah dalam bidang sejarah, sosiologi dan antropologi. Bagi pelajar dan pensyarah dalam bidang kebudayaan, Malaysia adalah negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budayanya untuk diketengahkan kepada mereka. Semua usaha ini sebenarnya selari dengan matlamat kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Bagaimanapun, kejayaan mempromosikan pelancongan pendidikan di negara ini bergantung kepada keupayaan untuk menarik lebih ramai pelajar asing ke Malaysia. Setakat ini kerajaan sudah menubuhkan lima Pusat Penggalakan Pendidikan Malaysia di luar negara iaitu di Beijing, China; Dubai (Emiriyah Arab Bersatu), Ho Chi Minh City (Vietnam), Jakarta (Indonesia) dan Jeddah (Arab Saudi). Sudah tentu lebih banyak pusat sedemikian perlu ditubuhkan di luar negara untuk membolehkan kita mengambil peluang daripada pasaran baru yang sedang pesat berkembang ini. Akhir sekali, sudah tentulah ia bergantung kepada sejauh mana keupayaan kita memperkenalkan produk baru dalam bidang pelancongan, termasuk mengintegrasikannya dengan bidang pendidikan.

Oleh itu, usaha yang lebih kreatif dan inovatif sudah tentu diperlukan di kalangan pengusaha sektor pelancongan. Dalam hal ini, kerjasama tentu boleh diwujudkan dengan institusi pengajian tinggi tempatan. Prof Datuk Mohd Shukri Ab Yajid ialah Presiden Management & Science University (MSU) serta Presiden Kumpulan Kolej PTPL

INTIPATI

Sumbangan industri pelancongan negara tak boleh dipandang remeh memandangkan prestasi yang sentiasa meningkat dengan pertambahan kemasukan pelancong asing.

Peningkatan kualiti produk pelancongan secara berterusan berupaya meraih pulangan lumayan dari segi ekonomi.

Kepelbagaian produk meliputi pelbagai sektor yang memaparkan pelbagai etnik mampu menarik minat dan memenuhi permintaan pelancong.

Produk pendidikan antara tarikan terbaru sektor pelancongan yang mampu dimanfaat sepenuhnya bagi menarik pelajar asing ke negara ini.

Kepelbagaian etnik, budaya dan sejarah warisan boleh dieksploitasi dan diintegrasi menerusi sektor pendidikan ke arah menjadikan negara pusat kecemerlangan pendidikan serantau.
Cetak artikel Hantar